Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2012

Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak mempelawa orang ramai menyelidik, menganalisis dan melahirkan pendapat dan kritikan yang membina terhadap dasar-dasar dan program-program pembangunan Kerajaan dan isu-isu semasa.
Dengan kaedah ini, lebih ramai rakyat di negeri ini akan memahami dan mampu menghayati matlamat program pembangunan kerajaan dan mengupas isu-isu semasa yang mempunyai impak terhadap masyarakat.

HADIAH PERADUAN MENGARANG ESEI KENEGARAAN 2012

KATEGORI ORANG AWAM
Johan - RM 1,200.00
Naib Johan - RM 1,000.00
Tempat Ketiga - RM 800.00
Tiga Hadiah Sagu Hati - RM 500.00 setiap seorang

KATEGORI PELAJAR SEKOLAH 
Johan - RM 1,000.00
Naib Johan - RM 800.00
Tempat Ketiga - RM 600.00
Tiga Hadiah Sagu Hati - RM 300.00 setiap seorang

Syarat-syarat Penyertaan

1. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak dan dibahagi kepada dua (2) Kategori Penyertaan iaitu;- 
    1.1 Kategori Orang Awam Berusia 16 tahun ke atas (bukan pelajar sekolah).
    1.2 Kategori Pelajar Sekolah Menengah Atas Berusia 16 tahun ke atas.
2. Peraduan terbahagi kepada tiga (3) Bahasa, iaitu;-
    2.1 Bahasa Melayu
    2.2 Bahasa Inggeris
    2.3 Bahasa Iban
3. Seorang peserta hanya dibenarkan menyertai satu (1) kategori sahaja;
4. Penulisan hendaklah berdasarkan kepada salah satu tajuk yang telah ditetapkan;


Borang serta keterangan lanjut boleh dilayari Laman Sesawang Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sarawak http://www.penerangan.gov.my atau menghubungi Urus Setia, Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2012, Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak, Jalan Diplomatik off Jalan Bako, Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak di talian telefon;- 082 319735/319741/319742/319743.


Tarikh tutup Penyertaan; 29hb Jun 2012